0

Contoh pemakanan yang boleh dimakan ketika diet SD 2

Published at 10:31 in


Contoh pemakanan yang boleh dimakan semasa menggunakan SD II..

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.


3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai-asalkan halal.

4.) Udang & sotong - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. 

5.) Sayur - terutamanya sayur hijau (sawi, bayam, salad, timun). Kurangkan lobak merah, elakkan kentang.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Daging burger (pilih dari buger yang banyak daging contoh Burger Ramli) makan dengan sayur & mayonis sahaja.

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

Yang tidak boleh dimakan..

1.) Elakkan KARBOHIDRAT:- Contoh: Nasi, Mi, Mihun, Laksa, Laksam, Spagetti, Fettucini, Vermicelli,Kuew Tiau & yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan roti, Roti Berserat, Roti Bun, Roti Boy, Roti Canai, Roti Jala, Roti Bakar, Roti Pastries & semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.

3.) Elakkan GULA:- tak kira gula putih, gula merah, gula melaka, madu lebah, artificial sweetener, & apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (Coke, Pepsi, 100plus, Sprite etc), kurangkan minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, & lain-lain.

5.) Elakkan buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7gram karbohidrat sebiji).

6.) Elakkan snek/makanan ringan seperti Twisties, Biskut Manis, Nachos, jeruk manis, gula-gula, Potato Crisps, Chocolate, Pop-Corn, Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts & lain-lain makanan segera & aiskrim.

7.) Elakkan segala bentuk kacang sama ada peanuts, pistachio, & lain-lain.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti Kek, Biskut, Kuih-muih & semua produk bergandum.

10.)Elakkan Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.


Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

No Response to "Contoh pemakanan yang boleh dimakan ketika diet SD 2"

Post a Comment